Pasukan Inovasi SK Putrajaya Presint 11(1) Raih Dua Platinum dan Enam Pingat Emas di Pentas Inovasi Antarabangsa I³C & IWC 2026

Jakarta, Indonesia | 7 Jun 2026

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mencatat pencapaian cemerlang dalam International Innovation & Invention Competition (I³C) 2026 dan International World Competition (IWC) 2026 yang berlangsung di Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Indonesia.

Pertandingan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia Innovation, Invention and Creativity Association (MIICA) dengan kerjasama Universitas Negeri Jakarta (UNJ) ini menghimpunkan lebih 200 pasukan dari pelbagai negara untuk membentangkan hasil inovasi dan penyelidikan masing-masing.

Dalam pertandingan tersebut, Eleven One Innovation Team, yang melibatkan murid dari SK Putrajaya Presint 11(1) serta pasukan inovasi alumni dari SMK Putrajaya Presint 11(1) dan MRSM Langkawi, telah menghantar tiga pasukan inovasi yang berjaya membawa pulang pencapaian membanggakan seperti berikut:

Team 1: Smarter AI

  • 🏆 Grand Award – Platinum Award (Social Science Category)
  • 🥇 Gold Award – International Innovation & Invention Competition (I³C) 2026
  • 🥇 Gold Award – International World Competition (IWC) 2026

Team 2: Spellify

  • 🏆 Grand Award – Platinum Award (Social Science Category)
  • 🥇 Gold Award – International Innovation & Invention Competition (I³C) 2026
  • 🥇 Gold Award – International World Competition (IWC) 2026

Team 3: BOLEH 360

  • 🥇 Gold Award – International Innovation & Invention Competition (I³C) 2026
  • 🥇 Gold Award – International World Competition (IWC) 2026

Secara keseluruhannya, pasukan sekolah berjaya membawa pulang:

  • 🏆 2 Grand Award (Platinum Award)
  • 🥇 6 Gold Award

 

 

Kejayaan ini merupakan bukti komitmen berterusan warga sekolah dalam membudayakan inovasi, penyelidikan dan penggunaan teknologi bagi menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat. Pencapaian ini juga mencerminkan usaha gigih murid, guru pembimbing, pihak pentadbir serta sokongan padu ibu bapa sepanjang proses pembangunan projek sehingga ke peringkat antarabangsa.

Penyertaan di pentas antarabangsa seperti I³C dan IWC bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk mempersembahkan idea inovatif mereka kepada dunia, malah turut meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta jaringan kolaborasi bersama peserta dari pelbagai negara.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah serta negara di persada antarabangsa.