KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2026 β SK Putrajaya Presint 11(1) telah menyertai Pertandingan Inovasi Al Amin 2026 anjuran Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) dengan membawa lima projek inovasi murid.
Pertandingan ini dianjurkan bagi memupuk budaya inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid melalui penghasilan projek yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pendidikan.

Dalam pertandingan tersebut, empat projek iaitu BOLEH 360, eQUITY, LeSPIR 2.0 dan SPELLIFY menerima Gold Award, manakala SMARTER AI menerima Silver Award.
Daripada keseluruhan 80 projek kategori sekolah rendah, projek BOLEH 360 turut terpilih sebagai salah satu daripada lima projek finalis untuk meneruskan penilaian di peringkat akhir.

Pasukan BOLEH 360 semasa sesi pembentangan peringkat akhir
Peringkat akhir telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat (SRIAAK), Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Projek BOLEH 360 seterusnya memperoleh tempat ketiga bagi kategori sekolah rendah. Pasukan tersebut diwakili oleh Ayden Firhad bin Firdaus, Adam Firas bin Mohd Hanif, Muhammad Haneef bin Mohd Eddy Hamzani dan Adam Aqif bin Shahrin, di bawah bimbingan Cikgu Mohd Saharudin bin Setapa.

Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea, membentangkan projek serta mendapatkan pengalaman dalam proses pembangunan dan penilaian inovasi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru pembimbing serta pihak yang terlibat dalam menjayakan penyertaan sekolah dalam Pertandingan Inovasi Al Amin 2026.